MENU

Perlaksanaan Tuntutan Notis E & F

Jumlah Cukat taksiran yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28hb. FEBRUARI dan bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. OGOS pada tahun yang berkenaan. (Bahagian XV, S 147 (i) Akta 171).

Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. (Bahagian XV, S 147 (i) Akta 171).

 

Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut ;

Jumlah Tunggakan

Bayaran Notis

(a) Amaun tunggakan kurang RM 200

RM20.00

(b) Amaun tunggakan melebihi RM200

RM 30.00

Untuk menuntut sesuatu tunggakan, Majlis boleh mengeluarkan suatu Waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh mensita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bahagian XV, S 147 (i) Akta 171).

Kos tahanan (Borang F) yang dikenakan adalah seperti berikut ;

Jumlah Tunggakan

Kos Tahanan

(a) Amaun tunggakan kurang RM 1000

RM 150.00

(b) Amaun tunggakan melebihi RM 1000

RM 300.00

Waktu Kutipan pejabat adalah seperti berikut:

Hari Isnin – Khamis                  :         8.15 pagi hingga 4.15 ptg
 
Hari Jumaat                               :         8.15 pagi - 12.15 t/hari
                                                            2.00 ptg  hingga 4.15 ptg

Pemilik harta adalah diwajibkan memberitahu jabatan penilaian diatas penukaran alamat surat-menyurat bagi memudahkan penyampaian bil dan mengelakkan tunggakan. Borang Penukaran Alamat yang boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Kaunter Semakan Utama, Majlis Perbandaran Manjung.

Sekiranya tuan / puan tidak menerima bil asal, sila berurusan terus ke kaunter semakan utama atau bahagian Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Manjung untuk mengambil salinan bil bagi membuat bayaran Cukai Taksiran.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 November 2017 - 12:54pm