MENU

Perlaksanaan Sitaan

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 148 tindakan untuk menuntut tunggakan apabila pemilik pegangan gagal untuk membayar Tunggakan Cukai Taksiran.

 (1) Untuk menuntut sesuatu tunggakan, pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan suatu waran tahanan dalam Borang F dalam Jadual Pertama kepada Akta ini dan boleh menyita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya, yang dijumpai dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan juga boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan sesiapa jua pun yang dijumpai pada pegangan yang mengenainya tunggakan itu kena dibayar:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu waran tahanan bolehdikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan melainkan jika pihak berkuasa tempatan itu telah menyampaikan suatu notis dalam Borang E dalam Jadual Pertama kepada Akta ini, mengeposkan atau menyerahkan kepada pemunya atau manamana seorang daripada pemunya-pemunya, jika lebih daripada seorang, di alamat yang akhir diketahui, memintanya supaya membayar tunggakan itu dalam tempoh lima belas hari selepas notis itu dipos atau diserahkan.

(2) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai pihak berkuasa tempatan dan pegawai itu hendaklah membuat suatu inventori mengenai harta yang ditahan di bawah waran itu,dan hendaklah pada masa yang sama memberi notis dalam Borang G dalam Jadual Pertama kepada Akta ini, kepada orang yang memilik harta itu pada masa harta itu ditahan:

Dengan syarat bahawa jika pada pendapat pegawai yang melaksanakan waran itu nilai harta alih yang hendak ditahan itu adalah kurang nilainya daripada tunggakan yang hendak dituntut atau jika tiada apa-apa harta alih yang hendak ditahan seperti dalam hal sesuatu pegangan yang kosong atau tidak diduduki maka tiada apa-apa inventori perlu dibuat dan dalam hal yang demikian pegawai itu hendaklah menampalkan suatu notis dalam Borang H dalam Jadual Pertama kepada Akta ini di sesuatu tempat yang mudah dilihat di pegangan itu atau di mana-mana satu daripada pegangan yang mengenainya tunggakan itu kena dibayar yang bermaksud bahawa acara tuntutan itu akan dijalankan di bawah seksyen 151.

(3) Pegawai itu boleh memecah buka pada waktu siang mana-mana rumah atau bangunan bagi maksud melaksanakan tahanan itu.

(4) Bayaran bagi waran tahanan ialah sebanyak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan menjadi kos tahanan itu.