MENU

PENGKOMPOSAN

Kompos adalah cara semulajadi kitar semula bahan organik. Ia adalah proses biodegradable di mana bahan organik diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen.

Hasil daripada proses ini akan memberi manfaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan pertanian.

 

MENGAPA PERLU KOMPOS?

Kompos mempunyai banyak faedah. Antara yang paling penting ialah:

  • Manfaat alam sekitar dengan kitar semula sumber organik berharga;
  • Menjimatkan wang pada baja untuk tumbuh-tumbuhan;
  • Bertindak sebagai perapi tanah yang baik dan menambah jumlah nutrisi tanah;
  • Menjimatkan air dengan mengekalkan kelembapan dalam tanah.

(Sudah tentu ia membantu dalam penjimatan kos pada pungutan sampah dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah)

 

KAEDAH KOMPOS YANG BIASA

  • Pot Composting
  • Plastic Bag Composting
  • Tower Tyre Composting
  • Compost Pits
  • Windrow (Batas) Composting
  • Wire Hoop Composting
  • Heap Composting
  • Bottomless Bin Composting

 

KAEDAH KOMPOS YANG DIGUNAKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

  • “TAKAKURA HOME METHODE”

 

 

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKOMPOS

SAYUR , NASI, SERBUK TEH / KOPI, KULIT TELUR, TULANG AYAM, ROTI, DAGING, SEAFOOD, KULIT BAWANG, INSANG / PERUT IKAN, KULIT BUAH, BIHUN / MEE, KULIT AYAM.

 

BAHAN-BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKOMPOS

KACA, PLASTIK, KAYU, MINYAK, TULANG BESAR (GEARBOX), KUAH

(KARI, SUP), KULIT BUAH (DURIAN, TEBU), MAKANAN LAUT (KETAM, KERANG)

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm