MENU

Sewaan Petak Khas Letak Kereta

 
Pengenalan
 
Unit Tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Manjung turut menyediakan kemudahan kepada anda antaranya ialah perkhidmatan Sewaan Petak Tempat Letak Kereta dan Pembelian Pas-Pas Bulanan.Ia bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang di kehendaki.
 
Sewaan Petak
 
Bagi penyewa yang ingin menyewa petak letak kereta mereka perlu mematuhi garis panduannya. Antaranya ialah:
 
  • Petak yang di pohon haruslah berada di hadapan kedai atau premis penyewa dan tidak menganggu lalu lintas.
  • Petak yang di pohon itu haruslah tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat-pusat perniagaan yang sesak dan pusat-pusat membeli belah kerana ia akan menyebabkan orang ramai tidak dapat meletak kenderaan mereka
      
 
Cara-Cara Membuat Sewaan
 
  • Pemohon boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengambil dan mengisi borang tersebut.
  • Setelah siap diisi pemohon hendaklah mengemuka dan menghantar borang berkenaan ke pejabat semula untuk kelulusan
  • Borang tersebut akan di nilai dan diluluskan oleh Yang Dipertua terlebih dahulu.
  • Setelah diluluskan pemohon akan menerima surat tawaran dan di kehendaki membuat bayaran 14 hari dari surat itu dikeluarkan
 
 
Sewaan Petak Yang Dibenarkan.
 
  • Kedai aksesori dan servis kereta
  • Kedai menjual kereta
  • Premis-premis perniagaan yang layak dipertimbangkankan

Namun begitu kelulusan tertakluk kepada keadaan kawasan dan petak yang dipohon

Kadar Bayaran

Deposit papan tanda akan dikenakan sebanyak RM50.00
Kadar bayaran sewa petak letak kereta terbahagi kepada 2 iaitu :
-     Untuk tempoh 6 bulan bayarannya sebanyak RM 360
-     Untuk tempoh setahun bayarannya sebanyak RM 720
 
Tanggungjawab Penyewa
 
-     Penyewa hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan.
-     Penyewa juga tidak dibenarkan berniaga di petak berkenaan.

Penyewa juga tidak menyewakan petak berkenaan kepada individu-individu lain

Penyewa akan dibekalkan papan tanda “PETAK KHAS”

Petak tempat letak kereta yang telah disewa akan dicat kuning dengan tulisan “PETAK KHAS”

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm