MENU
 
>

Sistem Berkupon

 

1. Kupon Jam:

Sistem Berkupon
Untuk makluman hampir keseluruhan kawasan meletak kereta MPM menggunakan Sistem Berkupon.Pengguna atau orang ramai dikehendaki membeli kupon jam/harian di kedai-kedai yang menjadi agen menjual kupon yang dilantik oleh MPM di setiap kawasan.Ia bagi memudahkan orang ramai membeli kupon berkenaan.

Dalam bentuk buku dengan harga RM2 seunit yang mengandungi 5 keping kupon. Setiap keping kupon bernilai 40 sen dan digunakan dalam tempoh satu jam.

   

Contoh Kupon Jam

2. Kupon Harian:

Dijual dan dipamerkan secara harian atas kenderaan dengan kadar RM 3.00 sehari.

Contoh Kupon Harian

3. Pelekat Bulanan:

Digunakan dalam tempoh sebulan dan terdiri daripada 2 jenis iaitu pelekat biasa dan pelekat khas. Pelekat biasa boleh didapati dengan harga RM50 sekeping dan boleh digunakan di semua kawasan dalam pentadbiran MPM. Manakala pelekat khas pula boleh didapati dengan harga RM25 sekeping dan hanya boleh digunakan di Bandar Lumut sahaja. Selain itu penggunaan pelekat khas ini juga terhad untuk kakitangan jabatan kerajaan yang bertugas di Pulau Pangkor. Walaubagaimanapun, kakitangan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk memohon pelekat ini.

Masa (termasuk hari kelepasan am)
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 6.00 petang (di semua kawasan)
Sabtu – Ahad:   8.00 pagi – 6.00 petang (di kawasan Lumut sahaja)

 

Pelekat Bulanan Letak Kereta                       Pelekat Bulanan Letak Kereta (Lumut)

Orang awam boleh memiliki pelekat kenderaan seperti di atas pada harga:-

 

SELURUH KAWASAN

LUMUT

1 Bulan

RM50

RM25

6 Bulan

RM240

RM120

1 Tahun

RM420

RM240

 

Denda
Kompaun yang dikenakan terhadap pengguna yang tidak mempamirkan kupon adalah bergantung kepada kesalahan yang dilakukannya.

Contoh:
Jika pengguna tidak mempamirkan kupon yang sah ia akan dikenakan kompaun sebanyak RM 10. jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari ia akan dikenakan denda sebanyak RM 15 dan jika tidak dibayar selepas 28 hari ia akan dikenakan denda sebanyak RM 25. Jika gagal berbuat demikian pengguna tersebut akan di dakwa di mahkamah.

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 16 November 2019 - 1:04am