Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993

Perhatian:-

  • Semua anjing yang telah mencapai umur tiga bulan hendaklah dilesenkan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MPM) 1993.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan fee untuk lesen sebanyak Sepuluh Ringgit (RM10.00) bagi seekor anjing.
  • Lesen itu hendaklah habis pada 31hb Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan
    Pemilik anjing berlesen hendaklah menggantung lencana lesen di leher anjingnya.
  • Pemilik anjing hendaklah –
  1. jika anjing itu berpenyakit, mengambil langkah-langkah dengan seberapa segera yang mungkin untuk membolehkan anjing itu diperiksa dan dirawat oleh doktor veterinar dan tidak membiarkan anjing itu disimpan di premisnya melainkan jika anjing itu telah diperiksa dan di bawah rawatan doctor veterinary;
  2. menyenggara rumah anjing di mana anjing itu ditempatkan dalam keadaan yang cuci dan bersih;
  3. membuang daripada premisnya apa-apa bahan najis yang dilepaskan oleh anjing itu, dan berbuat demikian mengikut atau dengan apa-apa cara yang tidak mungkin menyebabkan kegusaran atau kesusahan kepada orang lain;
  4. mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mempastikan bahawa anjing itu, tidak menjadi gangguan kepada jiran-jirannya, disebabkan oleh salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya; dan
  5. mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mempastikan bahawa anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemiliknya dan bahawa anjing itu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya.
  • Tiada anjing boleh disimpan di tingkat atas mana-mana bangunan.
  • Anjing yang berkeliaran di luar premis tanpa pemilik (sama ada memakai lencana lesen atau tidak) berhak ditangkap dan dimusnahkan.

Pages: 1 2 3