MENU

Pengenalan Vandalisme

      Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah,  iaitu  vandals yang telah membinasakan kota Rom pada tahun 445  Masihi. 

     Definisi vandalisme adalah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak  berkuasa.

     Orang ramai yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasa pentadbiran MPM boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Mdm) 1992 (Akta 171).  Berdasarkan undang-undang  tersebut, jika sabit kesalahan, pelaku vandalisme akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.  Manakala bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM 100 bagi setiap hari  kesalahan tersebut dilakukan.

     Bagi mengurangkan penularan gejala vandalisme, pihak MPM telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan Pameran Kemudahan Awam dan Vandalisme 2006 daripada 1 Jun hingga  30 Jun di lobi MPM dan penyampaian Taklimat Pendidikan Penjagaan Kemudahan kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi Program Khidmat Komuniti PLKN yang diadakan pada bulan Februari, Mac, Mei dan Ogos 2006.

     Setiap tahun Majlis Perbandaran Manjung memasang alat permainan kanak-kanak bagi tujuan kemudahan riadah untuk masyarakat di Daerah Manjung. Pada peringkat awalnya Majlis Perbandaran Manjung memasang peralatan permainan kanak-kanak di kawasan lapang dalam kawasan perumahan di mana terdapat 350 kawasan lapang tidak termasuk skim perumahan baru.

     Walaubagaimanapun, kadar kerosakan yang tinggi berlaku akibat vandalisma dan sikap sesetengah golongan masyarakat yang tidak perihatin terhadap kemudahan yang diberikan sehinggakan terdapat peralatan yang baru dipasang rosak dan tidak dapat digunakan. Ini menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk memperbaiki peralatan permainan yang telah dirosakkan. Bermula pada tahun 2003 peralatan permainan kanak-kanak hanya dipasang di kawasan tumpuan utama sahaja seperti di bawah : 

a.   Taman Awam Lumut Waterfront
b.   Padang Astaka
c.    Mini Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung
 
     Pihak Majlis Perbandaran Manjung memohon masyarakat Manjung supaya sama-sama menjaga peralatan permainan kanka-kanak dan amatlah dialu-alukan untuk melaporkan sekiranya terdapat golongan individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan peralatan permainan yang disediakan.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Oktober 2017 - 11:57am