MENU

Pengecualian Cukai Taksiran

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 134 pegangan boleh dikecualikan dari Cukai Taksiran apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata ;-

 (a)sebagai tempat awam untuk sembahyang;

(b)sebagai tanah perkuburan atau tempat membakar mayat awam yang berlesen;

(c)bagi sekolah awam;

(d)sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus,

dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang, Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan itu atau mana-mana bahagian pegangan itu dari pembayaran apa-apa kadar.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 11:15am