MENU

PROGRAM TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

KE TAMAN BUKIT MAJU 1 DAN 2 SERTA TAMAN PERMATA, LUMUT

 

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Turun Padang ke Taman Bukit Maju 1 dan 2 serta Taman Permata, Lumut pada 28 April 2017 (Jumaat), jam 8.30 bagi mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.   Antara isu tersebut adalah berkaitan longkang rosak serta pokok berbahaya di lereng bukit.  

 

Lawatan ini disertai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha  MPM, Tuan Haji Rosli Hashim, Ketua Jabatan Bangunan, Puan Fatimah Nor Abd Rahim, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan pegawai-pegawai MPM.