MENU

Bantahan Cukai Taksiran

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 142 pemilik harta bercukai dibolehkan membuat bantahan terhadap cukai yang dikenakan.
Bantahan boleh dibuat sekiranya seseorang itu terkilan atas mana-mana daripada alasan berikut

  1. Bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar.
  2.  Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar.
  3. Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya.
  4. Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar atau
  5.  Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

Setiap bantahan perlu dibuat secara bertulis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh meminda senarai nilaian dikuatkuasakan.Surat bantahan boleh dialamatkan ke Jabatan Penilaian, Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Sri Manjung atau menyerahkan terus surat tersebut ke kaunter semakan Jabatan Penilaian,tingkat 1, Majlis Perbandaran Manjung.