MENU

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke Taman Manjung Point Seksyen 1, Seri Manjung pada 8 Jun 2016 (Rabu), jam 8.30 pagi bagi mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.  Antara isu dan masalah yang dikenal pasti adalah permohonan menaik taraf pentas dataran taman, permohonan lampu dan bonggol jalan serta kerosakan longkang.

Lawatan ini disertai oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM, Tuan Haji Ahmad Shazali Mohd Amin, Ahli Majlis MPM, Tuan Haji Jayah Said, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 6, Encik Mohd Tejuddin Kamaruddin, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Manjung Point dan Ketua-ketua Jabatan/Unit MPM.