MENU

Program Lawatan Turun Padang Mpm Ke Kawasan Sitiawan

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke Taman Sitiawan dan Taman Sri Jaya, Sitiawan pada 11 Mei 2016, jam 11.00 pagi. Lawatan ini disertai oleh Tuan Mohamad Fariz Mohamad Hanip, Yang Dipertua MPM, Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan/Unit MPM. Antara isu dan masalah yang dikenal pasti adalah longkang rosak, air longkang bertakung dan tersumbat serta semak-samun.