MENU

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MPM

KE KAWASAN BERUAS

 

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke kawasan Beruas iaitu meliputi pekan Beruas, Taman Seri Delima, Taman Anggerik dan Kampung Baru pada 10 Ogos 2016 (Rabu), jam 9.00 pagi bagi melihat di tapak aduan dan permohonan penduduk setempat.  Antaranya ialah berkaitan permohonan laluan pejalan kaki baharu dan baik pulih laluan pejalan kaki yang sedia ada, permohonan pemasangan railing jalan, permohonan gerai (kiosk), masalah pembinaan haram serta longkang rosak.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Fatimah Nor Abd Rahim, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan disertai oleh wakil-wakil jabatan MPM.  Turut menyertai lawatan ini ialah Encik Shaiful Faisal Haji Salleh dan Puan Salmah binti Sojak, Ahli Majlis MPM bersama-sama Encik Nor Asmadi Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 19 dan Encik Muhammad Faisal Hamzah, Pengerusi JPP Zon 20.