MENU

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke kawasan Taman  Samudera dan Pusat Bandar Seri Manjung pada 24 Ogos 2016 (Rabu), jam 12 tengah hari bagi melihat aduan dan permohonan penduduk setempat di tapak.  Antara isu yang diterima ialah berkaitan longkang tersumbat, binaan terbiar yang menyebabkan kacau ganggu serta permohonan menaik taraf rizab jalan dan kawasan padang.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Fatimah Nor Abd Rahim, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan disertai oleh wakil-wakil jabatan MPM.  Turut menyertai lawatan ini ialah Encik Burhan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 4 dan Encik Abdullah Ngahbiah, Ketua Biro Alam Sekitar JPP Zon 7.