MENU
 
>

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

 

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  2. Pembeli hendaklah mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) mengikut kod bidang yang berkaitan (jika ada) atau salinan kad pengenalan (INDIVIDU)  sebelum membeli borang sebut harga.
  3. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
  4. Tawaran tanpa/kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
  5. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
  6. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  7. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  8. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
  9. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.

 

Tender Ref: 
BIL (04)(JPR)400-10/2/19
Tender Closing Date: 
Jumaat, 12 Julai 2019
Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Oktober 2019 - 4:46pm