MENU

 

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

JALAN PINANG RAJA

32040 SERI MANJUNG

PERAK DARUL RIDZUAN

 

1.  Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bertaraf Bumiputera yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, keupayaan kewangan dan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

BIL

 

BUTIRAN TAWARAN/

RUJUKAN SEBUT HARGA

 

KOD BIDANG

TARIKH DOKUMEN DIJUAL

TARIKH TUTUP DAN HANTAR BORANG

HARGA DOKUMEN SENASKAH

(RM)

1.

Sebut Harga Kerja - Kerja Pembersihan Longkang Konkrit Dan Tanah Zon 2 – Kampung Tersusun Batu 7 Lekir Untuk Majlis Perbandaran Manjung

MPM JKPPB SH NO.  14/2019

221002

dan

221006

15 April 2019

hingga

24 April 2019

24 April 2019

jam 12.00 tengahari

 

RM30.00

 

 

2.    Dokumen Sebut Harga boleh disemak dan dibeli dengan bayaran wang tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan mulai 15 April 2019 sehingga 24 April 2019 mengikut waktu berikut:

 

HARI

WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN, MPM

ISNIN-KHAMIS

8.15 pagi – 1.00 petang

2.15 petang – 4.15 petang

JUMAAT

8.15 pagi – 12.00 tengahari

2.45 petang – 4.15 petang

 

Dokumen Sebut Harga tidak akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh di atas.

  1. Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor yang tidak mendaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung, tidak dibenarkan untuk membeli Dokumen Sebut Harga. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga untuk mengelakkan kelewatan pembelian dan penghantaran Dokumen Sebut Harga.
  2. Semasa pembelian Dokumen Sebut Harga, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut bersama CAP SYARIKAT:
  3. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;
  4. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa; dan
  5. Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

 

Attachments: 
Tender Ref: 
MPM JKPPB SH NO. 14/2019
Tender Closing Date: 
Rabu, 24 April 2019