MENU
 
>

Naskah meja tawaran boleh disemak di Kaunter 1Serve, Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada waktu pejabat bermula 15.05.2019 (Rabu). Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat secara tunai di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor hendaklah membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebut harga.

Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar kelas G1 / G2 dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan bagi mendapatkan No. ID Kontraktor Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga bagi mengelakkan kelewatan pembelian Dokumen Sebut Harga yang mana dikhuatiri akan menyebabkan kelewatan penghantaran Dokumen Sebut Harga.

Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeteri serta ditulis nombor rujukan sebut harga dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 21.05.2019 (Selasa).

Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah, tertinggi, atau mana-mana tawaran.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

 

Tender Ref: 
MPM JKJ/SH/ELKT NO. 2/2019
Tender Closing Date: 
Selasa, 21 Mei 2019
Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 Januari 2020 - 12:02pm