MENU
 
>

                                                                                                                 

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

            BIL

BUTIR – BUTIR TAWARAN

TARIKH JUALAN

TARIKH TUTUP

SYARAT PENDAFTARAN

HARGA DOKUMEN TAWARAN

(RM)

1.

Cadangan Membina Gerai dan Kiosk di Pasar Awam Pulau Pangkor untuk Majlis Perbandaran Manjung

MPM JKJ/SH/BGN NO. 27/2018

23.10.18

-

31.10.18

31.10.18

Gred G1

Kategori CE

Pengkhususan CE01 dan CE21

15.00

Naskah meja tawaran boleh disemak di Kaunter 1Serve, Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada waktu pejabat bermula 23.10.2018. Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat secara tunai di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor hendaklah membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebut harga.

Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, kontraktor yang belum mendaftar kelas F/ G1 dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan bagi mendapatkan No. ID Kontraktor Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga bagi mengelakkan kelewatan pembelian Dokumen Sebut Harga yang mana dikhuatiri akan menyebabkan kelewatan penghantaran Dokumen Sebut Harga.

Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermeteri serta ditulis nombor rujukan sebut harga dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 31.10.2018.

Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah, tertinggi, atau mana-mana tawaran.Sekian dimaklumkan, terima kasih.

SETIAUSAHA

B.P YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

 

Tender Ref: 
MPM JKJ/SH/BGN NO. 27/2018
Tender Closing Date: 
Rabu, 31 Oktober 2018
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 10 Julai 2020 - 12:02pm