MENU

UNIT KAWALAN VEKTOR

 

PENDAHULUAN 

Unit Kawalan Vektor Majlis Perbandaran Manjung telah diwujudkan pada bulan Julai 2003 dan mula beroperasi pada 3 Oktober 2003.Unit Kawalan Vektor ini dibawah bahagian Unit Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 (Ketua Jabatan) iatu En.Meor Zakaria Bin Meor Hamzah dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 (Ketua Unit) iatu En.Rakghes Shiv Kumar A/L Muniandy. Unit ini telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung (Unit Kawalan Vektor) dalam pencegahan dan pengawalan penyakit demam denggi dan penyakit bawaan vektor. Tujuan unit ini adalah untuk mengawal,mengelakkan dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan PBT.

 

VISI

Meningkatkan , Memelihara, Keselesaan Dan Perpaduan Penduduk Manjung Melalui Pengawalan Vektor Dan Kacauganggu Yang Berkesan.

MISI

Mencegah Dan Melindungi Penduduk Manjung Daripada Bahaya Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor Melalui Kawalan Dan Pencegahan Yang Berkesan.

 

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN UNIT KAWALAN VEKTOR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

1. Jika didapati pembiakan nyamuk Aedes di pemilik rumah/premis boleh dikompaun serta-merta tidak melebihi RM 500.00 (Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

2. Jika pemilik rumah/premis gagal membayar kompaun,seseorang boleh didenda mengikut kesalahan seperti berikut:

 

-Kesalahan  : Denda tidak melebihi RM 1,000 (Satu Ribu Ringgit) atau penjara

                        tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

                       ( Seksyen 74 & Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 )

                            

KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 74 – Rumah, dsb, kotor

Seksyen 82 – Notis Mengkehendaki Kacauganggu Dihapuskan