MENU

Cukai Taksiran

Secara ringkas Pegangan bermaksud harta iaitu tanah yang ada atau tidak ada bangunan diatasnya, yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik yang berasingan dan mengenai bangunan yang dipecah bahagi. Merujuk kepada definisi "pegangan"  di dalam seksyen 2 (Tafsiran) ertinya termasuklah mesuaj, bangunan, isemen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan, sama ada terdedah atau terkepung, sama ada bangunan ada di atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak.

Cukai Taksiran berdasarkan “nilai tahunan” di dalam seksyen 2 (Tafsiran) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);-

Nilai Tahunan bererti anggaran kasar kadar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun daripada dengan yang berkenaan jika disewakan, dengan tuan tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyenggaraan atau pemeliharaan dengan segala kadar dan cukai awam.

Di bawah taksiran ini juga terdapat syarat yang mengatakan bahawa tanah kosong turut dikenakan cukai taksiran iaitu di bawah syarat (c) ii mengatakan tanah yang kosong tidak diduduki atau tidak ada apa-apa binaan di atas tanah tersebut dikenakan cukai taksiran mengikut pengiraan nilai tahunan seperti dinyatakan di bawah.

Dengan syarat bahawa;-

(a) pada menganggar nilai tahunan tiada apa-apa perkiraan boleh diambil tentang apa-apa sekatan atau kawalan keatas sewa setakat mana sekatan atau kawalan itu menghadkan sewa yang mungkin dikehendaki oleh seseorang tuan tanah atau dituntut daripada seseorang pemyewa sesuatu pegangan :

(b) pada mengangar nilai tahunan sesuatu pengangan yang ada pada atau di atasnya apa-apa jentera yang digunakan bagi mana-mana atau semua daripada maksud-maksud yang berikut:-

i.  membuat apa-apa benda atau sebahagian daripada sesuatu benda.
ii. mengubah,membaiki,menghiasi atau menyiapkan apa-apa benda.
iii.menyesuaikan apa-apa benda jualan.

(c) mengenai mana – tanah:-

i.yang sebahagiannya diduduki atau sebahagiannya apa-apa binaan diatasnya;
ii.yang kosong, tidak diduduki atau tidak ada apa-apa binaan di atasnya.
iii.yang ada di atasnya suatu bangunan yang telah diperakui oleh pihak kuasa tempatan sebagai ditinggalkan atau buruk atau tidak layak untuk kediaman manusia.

Nilaian tahunan, mengenai perenggan kecil (i) ialah sama ada nilaian tahunan sebagaimana ditakrifkan di dalam ini sebelum daripada ini atau sepuluh peratus dari nilainya dalam pasaran terbuka mengikut budi bicara mutlak Pegawai Penilai dan mengenai perenggan-perenggan kecil (ii), (iii) dan (iv), nilai tahunan ialah sepuluh peratus dari nilainya dalam pasar terbuka seolah-olah, berhubung dengan perenggan-perenggan kecil (iii) dan (iv), ianya adalah tanah kosong tanpa apa-apa bangunan di atasnya dan dalam segala hal pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mengurangkan peratus-peratus itu hingga minimum lima peratus.

(d) jika berkenaan dengan sesuatu pengangan tertentu, Pegawai Penilai berpendapat bahawa tidak ada keterangan yang cukup untuk membolehkan suatu penilaian dibuat berasaskan keterangan itu tentang nilai tahunan maka Pegawai Penilai boleh menggunakan apa-apa cara penilaian yang pada pendapatnya sesuai untuk menentukan nilai tahunan.