MENU
 
>

Penyewaan Kedai / Gerai / Pasar Majlis

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT

 

PELAWAAN PENYEWAAN KEDAI / MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Meja Pasar Awam dan Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian  Hasil & Sewaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-

1.1 Bayaran proses sebanyak       RM5.00

Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon meja pasar / gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja.

Senarai meja pasar / gerai adalah seperti yang dilampirkan di halaman utama laman ini ( rujuk ruangan Iklan Sewaan )

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 6 Disember 2019 - 5:19pm