KEISTIMEWAAN AHLI
- Hanya perlu menunggu di ruang tamu yang selesa dan semua urusan tuan di Majlis Perbandaran Manjung akan diuruskan oleh anggota Majlis.
- Menerima hadiah khas tahunan daripada Majlis Perbandaran Manjung.
- Menerima pelbagai hadiah tanda ingatan daripada Majlis Perbandaran Manjung dari semasa ke semasa.
- Kemudahan Tempat Letak Kereta Percuma mengikut tempoh di Kad Privileges di semua kawasan Majlis Perbandaran Manjung bagi sebuah kenderaan yang di daftarkan (kecuali di Tempat Letak Kereta Bertingkat di Lumut).
- Memperolehi jemputan khas bagi program-program rasmi Majlis Perbandaran Manjung seperti Jamuan Berbuka Puasa, Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan pelbagai majlis perasmian melibatkan program Majlis.