MENU

 

Taman Awam Lumut Water Front

Lokasi
Lumut

Alamat
Taman Awam Lumut Water Front terletak di persisiran muara sungai Dinding dan bersebelahan dengan "Lumut Yacht Club".

Waktu beroperasi
9:00am - 11:00pm

Perincian maklumat

  • Taman Awam Lumut Waterfront meliputi kawasan seluas 7.4 ekar dan terletak berhadapan dengan Selat Dinding. Taman ini telah dirasmikan pada 29 November 2004 bersamaan 16 Syawal 1425 H oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
  • Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
  • Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.
  • Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya. Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya. Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah.
  • Taman ini juga dilengkapi dengan 2 buah kiosk dan 5 buah gerai yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam.

Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

  • Kedai cenderamata
  • Kedai makan
  • Kiosk
  • Tandas awam
  • Telefon awam
  • Tong sampah
  • Papan tanda
  • Laluan pejalan kaki
  • Tempat letak kereta
  • Tempat riadah
  • Pondok
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Khidmat promosi