MENU

Lokasi
Pulau Sembilan

Alamat
Pulau Sembilan terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.

Perincian maklumat

Pulau Sembilan merupakan satu kawasan yang melibatkan gugusan 9 pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Rayong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Sagu, ‘Black Rock’ dan ‘White Rock’. Kawasan gugusan pulau ini terletak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Pulau Sembilan amat dikenali di kalangan kaki pancing kerana kaya dengan hidupan laut terutamanya ikan bilis. Selain itu, kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dan Pulau Lalang merupakan lokasi terbaik bagi aktiviti menyelam dan ‘snorkeling’ kerana kawasan yang berkedalaman 15 meter ini dipenuhi dengan batu karang.

Kawasan batu karang ini menjadi sumber makanan utama bagi beribu spesis hidupan laut terutamanya ikan merah dan ikan barakus. Di sebelah timur Pulau Buluh pula dipenuhi dengan batu-batu kecil yang dilitupi dengan batu karang yang keras dan berwarna-warni. Daya tarikan pulau ini bukan sahaja terletak pada kegiatan memancing malah diserikan lagi dengan keindahan panorama semulajadi yang menarik.

Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

Khidmat promosi sebagai Taman Laut