MENU

Lokasi
Pulau Pangkor

Alamat
Lokasi 1 km dari Pasir Bogak

Perincian maklumat

Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah. Terdapat juga sebuah tokong cina yang menjadi tumpuan umum di kawasan ini.

Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

  • Tapak perkhemahan
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Chalet
  • Kedai cenderamata
  • Kedai makan
  • Wakaf
  • Bangku
  • Kerusi rehat
  • Tandas
  • Bilik persalinan
  • Telefon awam
  • Tong sampah
  • Papan tanda
  • Laluan pejalan kaki
  • Tempat letak kereta
Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm