MENU
 
>

Lokasi
Segari

Alamat
Pantai Pasir Panjang terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.

Perincian maklumat

Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung. Pantai sepanjang 6 km ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu bertelur. Dianggarkan 90 % penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.
 
Bagi memelihara khazanah laut ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah aktif dengan membina Pusat Penetasan Penyu pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Pada tahun 1992, 10 ekar tanah telah dipohon sebagai tambahan tapak tersebut. Pada tahun 1994, 5.5 ekar tanah telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Pantai Pasir Panjang juga merupakan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

  • Pusat Penetasan Penyu, Jabatan Perikanan.
  • Khidmat Promosi

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 November 2019 - 4:04pm