MENU

Lokasi
Pulau Pangkor

Perincian maklumat

  • Pangkor Laut adalah umpama pulau impian (fantasy island) Malaysia. Di pulau ini terdapat Pangkor Laut Resort iaitu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.
  • Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu Emerald Bay yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach iaitu syurga untuk aktiviti ‘scuba diving’ yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan panorama terumbu karang dan hidupan air yang menarik dan Royal Bay iaitu pusat aktiviti belayar dan meluncur angin.Di samping itu, kemudahan pengembaraan bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin ke pantai Emerald Bay.
  • Pangkor Laut Resort juga menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi kemudahan aktiviti sukan air, gimnasium, spa, pusat hiburan dan lain-lain lagi. 
Kemudahan Pengangkutan
Pengangkutan khas disediakan kepada pelancong yang menginap sahaja.
 

Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

  • Chalet
  • Kolam renang
  • Gimnasium
  • Pusat hiburan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai makan
  • Telefon awam
  • Tong sampah
  • Papan tanda
  • Laluan pejalan kaki
  • Khidmat promosi