URUSAN SECARA ATAS TALIAN DI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

Bagi membendung penularan pandemik Covid-19, Majlis Perbandaran Manjung menggalakkan orang ramai melaksanakan urusan secara atas talian bagi urusan berikut :

1) Pembayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun :

📍 Menerusi perbankan internet (online banking), sistem eBayaran MPM (www.mpm.gov.my) dan portal rasmi ePBT Online (https://pbtpay.kpkt.gov.my).

2) Pembaharuan lesen perniagaan :

📍 Menerusi perbankan internet (online banking), sistem eBayaran MPM (www.mpm.gov.my) dan portal rasmi ePBT Online (https://pbtpay.kpkt.gov.my)

📍 WhatsApp Pelesenan (019-8584007) – WhatsApp No. Akuan Lesen (Contoh : L=0022123) dan pelesen akan menerima bil dan semak jika semua maklumat betul.

3) Aduan, permohonan dan cadangan:

📍 Melalui hotline (05-6898833), e-mel (aduan@mpm.gov.my) dan WhatsApp Online MPM (019-3035800).

URUSAN SECARA ATAS TALIAN DI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG