MENU
 
>

Berita baik untuk anda yang berminat untuk memiliki EZ Sanitizer atau EZ Sanitizer Plus hasil inovasi Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.

Kini kami telah membuka tempahan untuk EZ Sanitizer dan EZ Sanitizer Plus pada harga yang berpatutan dengan reka bentuk yang eksklusif dan mudah digunakan.

Hasil inovasi anggota Unit Landskap, MPM ini praktikal digunakan ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 kerana boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 disebabkan tidak melibatkan sebarang sentuhan di antara individu dengan botol sanitizer, sebaliknya hanya menggunakan pedal pemijak bagi mengeluarkan cecair sanitizer dan terus digunakan.

Sila hubungi nombor yang tertera untuk membuat tempahan.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Julai 2020 - 3:44pm