MENU

TAWARAN PENGURANGAN 50 PERATUS SEMUA JENIS KOMPAUN 
(KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA
DAN KOMPAUN PELBAGAI)
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang mengadakan tawaran pengurangan 50 peratus bagi semua jenis kompaun (Kompaun Tempat Letak Kereta dan Kompaun Pelbagai) berkuat kuasa dari 4 Oktober hingga 31 Disember 2018.

Tujuan tawaran ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum dibawa ke mahkamah.

Pembayaran kompaun boleh dibuat di lokasi berikut :

1) Kaunter Utama, aras bawah, Bangunan Blok B dan Kaunter Bayaran Pandu Lalu, pejabat pentadbiran MPM di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung
- Setiap hari bekerja, mulai jam 8.15 
pagi hingga 4.15 petang

2) Pejabat Cawangan Penguatkuasa di No. 1B, Fasa 1C3, Seri Manjung (berhampiran Pasar Awam Seri Manjung)
- Setiap hari bekerja, mulai jam 8.15 
pagi hingga 3.45 petang

3) Pejabat Cawangan Pulau Pangkor, Pekan Pulau Pangkor. 
- Setiap hari bekerja, mulai jam 8.15 
pagi hingga 4.15 petang.

4) Kaunter Tempat Letak Kereta Bertingkat, bandar Lumut.
- Sepanjang masa

Sehubungan dengan itu, MPM menyeru orang ramai yang memiliki tunggakan kompaun agar mengambil peluang ini untuk menjelaskan kompaun masing-masing.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan di talian 05-6881202 atau layari laman sesawang MPM di www.mpm.gov.my. dan facebook/Majlis Perbandaran Manjung.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Kemaskini Terakhir: Selasa, 13 November 2018 - 11:44am