MENU
 
>

 

 

 

 

Lampiran 1

 

 

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

 

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  2. Penyebut harga diwajibkan untuk mengemukakan dokumen sokongan berikut :-
  1. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) mengikut kod bidang yang berkaitan (jika ada) untuk syarikat; ATAU
  2. Salinan Kad Pengenalan individu/perseorangan sebelum membeli borang sebut harga.
  3. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak lima peratus (5%) daripada harga tawaran bagi setiap aset atau Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja (RM5,000.00) mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Banksahaja atas nama MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
  4. Tawaran tanpa/kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
  5. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
  6. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  7. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkat dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  8. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
  9. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
  10. Semua logo dan tanda jabatan (sekiranya ada) pada aset mestilah dipadamkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aset itu diambil oleh pembeli.

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Julai 2020 - 3:44pm