MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama Pejabat Daerah Manjung dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung telah mengadakan Program Gotong-royong Memerangi Denggi Secara Besar-besaran Peringkat Daerah Manjung mulai 2 hingga 28 September 2014, jam 7.30 pagi di beberapa lokasi terpilih di daerah Manjung.

Tujuan program ini adalah untuk menggerakkan agensi-agensi dan masyarakat setempat dalam melaksanakan pencegahan dan kawalan denggi, memastikan agensi-agensi yang terlibat melaksanakan secara langsung aktiviti pencegahan dan kawalan denggi mengikut peranan masing-masing dan mengenal pasti langkah pencegahan dan kawalan denggi untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Program yang diadakan selaras dengan pelaksanaan Program Gotong-royong Memerangi Denggi Secara Besar-besaran Peringkat Negeri Perak ini dilancarkan oleh Tuan Mohammad Fariz Mohamad Hanip, pemangku Pegawai Daerah Manjung pada 2 September 2014 di Gelanggang Futsal Taman Samudera, Seri Manjung. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh YB Dato' Rashidi Ibrahim, ADUN Kawasan Pasir Panjang, YBhg. Dato' Zamri Man, Yang Dipertua MPM, Dr. Ling He Mey, Pegawai Kesihatan Daerah Manjung dan Puan Lidiawati Zamri, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Manjung/Perak Tengah.

Tarikh dan lokasi program tersebut adalah seperti berikut :

TARIKH

LOKASI

7 SEPTEMBER

CPADANG TAMAN LING SING HANG, AYER TAWAR

14 SEPTEMBER

PADANG FASA 2H, 2I DAN 2J, SERI MANJUNG

21 SEPTEMBER

BAGAN PANCHOR, PANTAI REMIS

28 SEPTEMBER

TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 1, SERI MANJUNG

 

Sehubungan dengan itu, MPM menjemput orang ramai terutamanya penduduk setempat berhampiran lokasi program supaya menyertai dan bersama-sama menjayakan program ini bagi membuktikan keprihatinan dalam membenteras penularan demam denggi di daerah Manjung.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm