MENU
 
>

PROGRAM BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2020

Apa khabar warga Manjung?

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengurangan sebanyak 50% kompaun tempat letak kereta dan kompaun penguatkuasaan.

Jangan lupa temujanji kita di Pasar Awam Beruas pada 15 Januari 2020 (Rabu) dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sempena Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.

Manfaatkan hari anda dengan menyelesaikan :
📌 Bayaran dan semakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Bayaran dan pembaharuan lesen perniagaan
📌 Aduan, permohonan dan cadangan awam
📌 Jualan kupon dan pelekat tempat meletak kereta

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya jualan pokok-pokok bunga/ hiasan pada harga serendah RM3.

Pastikan juga anda membawa barangan kitar semula yang akan kami gantikan dengan barangan keperluan harian.

Jumpa anda di sana!!!

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 Januari 2020 - 12:02pm