MENU
 
>

PROGRAM BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Apa khabar warga Manjung?

Jangan lupa janji temu kita di Pasar Raya TF Value-Mart, Seri Manjung (Pasar Raya Giant Lama) pada 16 Februari 2020 (Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang sempena Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.

Dapatkan pengurangan 50% kompaun tempat letak kereta dan kompaun penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung.

Selain itu, manfaatkan hari anda dengan menyelesaikan :
📌 Bayaran dan semakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Bayaran dan pembaharuan lesen perniagaan

Anda juga boleh membuat :
📌 Aduan, permohonan dan cadangan awam
📌 Pembelian kupon dan pelekat tempat letak kereta

Pastikan juga anda membawa barangan kitar semula yang akan kami tukarkan dengan barangan keperluan harian.

Jumpa anda di sana!!!

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Julai 2020 - 11:29am