MENU
 
>
PERKHIDMATAN KAUNTER KUTIPAN BERGERAK MPM DI PASAR-PASAR AWAM DAERAH MANJUNG
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menyediakan perkhidmatan Kaunter Kutipan Bergerak di pasar-pasar awam daerah Manjung sepertimana berikut :
📌 Tarikh dan lokasi :
⏩ 1 April 2021 (Khamis) di Pasar Awam Kampung Koh
⏩ 3 April 2021 (Sabtu) di Pasar Awam Pantai Remis
⏩ 4 April 2021 (Ahad) di Pasar Awam Ayer Tawar
⏩ 7 April 2021 (Rabu) di Pasar Awam Beruas
⏩ 10 April 2021 (Sabtu) di Pasar Awam Sitiawan
⏩ 11 April 2021 (Ahad) di Pasar Awam Seri Manjung
📌 Masa : 7.30 Pagi - 2.00 Petang
PERKHIDMATAN DISEDIAKAN :
📌 Bayaran dan semakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Pembaharuan dan bayaran lesen perniagaan
📌 Penjualan kupon dan pelekat tempat letak kereta
📌 Pengurangan kompaun tempat letak kereta sebanyak 30%
📍 Pelanggan diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, mengimbas Kod QR MySejahtera dan memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
JUMPA ANDA DI SANA!!!
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 15 April 2021 - 4:36pm