MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan membuka Kaunter Bergerak Khidmat Pelanggan di beberapa lokasi Bazar Ramadan di Daerah Manjung sepanjang bulan Ramadan ini. Waktu pembukaan kaunter adalah daripada jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.

Melalui kaunter ini, beberapa perkhidmatan akan disediakan iaitu penerimaan aduan awam, cadangan dan pandangan, pengisian Borang Kajiselidik Kepuasan Pelanggan dan pendaftaran Rakan Sukarelawan MPM.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput mengunjungi Kaunter Bergerak Khidmat Pelanggan MPM pada tarikh dan tempat seperti berikut :

  1. 8 Julai 2014 (bersamaan 10 Ramadan) – Bazar Ramadan berhampiran Mini Kompleks Sukan MPM, Seri Manjung
  2. 10 Julai 2014 (bersamaan 12 Ramadan) – Bazar Ramadan di Taman Medan Seri Sentosa, Ayer Tawar
  3. 17 Julai 2014 (bersamaan 19 Ramadan) – Bazar Ramadan di Taman Astaka, Sitiawan
  4. 22 Julai 2014 (bersamaan 24 Ramadan) – Bazar Ramadan berhampiran Pasaraya Billion lama, Seri Manjung
Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm