MENU
 
>

PEMAKLUMAN TEMPOH PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN BAGI PENGGAL KEDUA TAHUN 2017

Dimaklumkan bahawa tempoh pembayaran cukai taksiran bagi penggal kedua tahun 2017 akan berakhir pada 31 OGOS 2017.

Sehubungan dengan itu, pemilik-pemilik harta dinasihatkan untuk membuat pembayaran sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan denda Notis E sepertimana berikut :

a) Denda RM 20 bagi tunggakan cukai tidak 
melebihi RM200
b) Denda RM30 bagi tunggakan cukai melebihi 
RM200.

Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.

Sekian, harap maklum.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, 
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Kemaskini Terakhir: Isnin, 3 Ogos 2020 - 12:40pm