PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER PEMBAYARAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MULAI 18 HINGGA 31 MAC 2020

Dimaklumkan bahawa operasi kaunter pembayaran Majlis Perbandaran Manjung akan ditutup mulai 18 hingga 31 Mac 2020 selaras dengan arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sehubungan dengan itu, urusan pembayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun serta pembaharuan lesen perniagaan boleh dilakukan menerusi perbankan internet (online banking) dan Jompay.

Perhatian dan kerjasama para pelanggan dalam perkara ini amat dihargai dan sebarang informasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

UNIT HASIL,
JABATAN  PERBENDAHARAAN,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG