MENU
 
>

PEMAKLUMAN PENGELUARAN BIL CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SECARA ATAS TALIAN MULAI PENGGAL KEDUA TAHUN 2020

Dimaklumkan bahawa mulai Penggal Kedua Tahun 2020, bil cukai taksiran tidak akan dicetak dan dihantar melalui pos kepada pemilik-pemilik harta sepertimana kelaziman, sebaliknya bil tersebut akan dikeluarkan secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, pemilik-pemilik harta boleh melakukan semakan bil cukai taksiran secara atas talian menerusi Sistem E-Bayaran di portal rasmi Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my dan seterusnya membuat pebayaran bil cukai taksiran tersebut.

Selain itu, bil cukai taksiran tersebut boleh dimohon melalui e-mel penilaian@mpm.gov.my dengan menyatakan nombor akaun cukai taksiran dan alamat harta atau boleh datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Manjung.

Selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri Perak, tempoh pembayaran cukai taksiran dilanjutkan dari 31 Ogos kepada 31 Oktober 2020. Oleh yang demikian, pemilik-pemilik harta dinasihatkan untuk mematuhi tempoh pembayaran tersebut bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171 ).

Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.

Sekian, harap maklum.

 

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 21 September 2020 - 5:20pm