MENU
 
>

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN OPERASI PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MULAI 4 MEI 2020 

Dimaklumkan bahawa pejabat Majlis Perbandaran Manjung akan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (Isnin).  Sehubungan dengan itu, waktu berurusan di kaunter-kaunter berikut adalah mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dari hari Isnin hingga Khamis dan mulai jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari pada hari Jumaat.  📌 Kaunter Jabatan dan Unit 📌 Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter Utama) 📌 Kaunter Pandu Lalu 📌 Kaunter Cawangan Jabatan Penguatkuasaan, No. 1B, Fasa 1C3, Seri Manjung 📌 Kaunter Pejabat Cawangan Pulau Pangkor  Walau bagaimanapun, para pelanggan adalah digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan selaras dengan langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak Covid-19.    Pembayaran atas talian boleh dilakukan menerusi Sistem E-Bayaran di Portal Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my, perbankan internet dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my.  Kerjasama anda dalam perkara ini amat dihargai.   #perangicovid-19 #MovementControlOrder #stayathome  UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am