MENU
 
>

CATATAN AM

(a)

Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

(b)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(c)

Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut ke:-

 

                                              Yang Dipertua,

                                              Majlis Perbandaran Manjung,

                                              Jalan Pinang Raja,

                                              32040 Seri Manjung,

                                              Perak Darul Ridzuan.

                                              (u.p: Jabatan Khidmat Pengurusan); atau

 

Menghubungi talian 05-6898800 / No. Sambungan: 8806 / 8807 untuk pertanyaan lanjut.

  

 

(i)

Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini;

 

(ii)

Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir (tahun 2016, 2017 dan 2018);

 

(iii)

Satu (1) salinan laporan perisytiharan harta pada tarikh yang tidak lebih dari lima (5) tahun pada 30 Jun 2019 (Kepilkan bersama surat Lampiran E perisytiharan harta yang dicetak melalui sistem HRMIS);

 

(iv)

Satu (1) salinan keputusan Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

 

(v)

Bebas Peminjam Pendidikan Tegar (Sertakan borang perakuan pinjaman pendidikan institusi / tabung pendidikan; dan

 

(vi)

Ulasan daripada Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan yang dipohon.

 

(vii)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2019 (Rabu) dan permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap adalah tidak dipertimbangkan.

           

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 November 2019 - 2:55pm