MENU
 
>

                  mpm                     

                                   MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,                                     

JALAN PINANG RAJA,

32040 SERI MANJUNG,

PERAK DARUL RIDZUAN

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT

PELAWAAN PENYEWAAN MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Gerai kosong untuk disewakan.  Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung.  Borang permohonan boleh didapati di Laman Web Majlis Perbandaran Manjung dan Kaunter Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPM pada waktu pejabat.

 

Tarikh buka pengambilan borang   -  09.12.2019

Tarikh tutup penyerahan borang    - 20.12.2019 (sebelum 4.15 petang - kaunter utama

                                                                            bayaran)         

 

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-

 

  1. Bayaran proses                 -           RM 5.00

 

Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan.  Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja.

 

Sekiranya pemohon adalah kakitangan kerajaan, sila kemukakan surat rasmi kebenaran dari Ketua Jabatan berkenaan.

 

Senarai gerai adalah seperti dilampiran.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t.t.

(Sr HAJAH NORHAYATI BINTI NAYAN, PPT., PJK.)

Pengarah,

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,

b.p. : Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Manjung.

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

Kemaskini Terakhir: Isnin, 3 Ogos 2020 - 12:40pm