MENU

PERHATIAN!!!!

IKLAN (NO 2) PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMADAN 1440H/2019

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Dimaklumkan bahawa penjualan semula permit perniagaan Bazar Ramadan 1440H/2019 Majlis Perbandaran Manjung akan mula dikeluarkan mulai 18 Mac 2019 jam 10.00 pagi secara online di laman sesawang http://www.mpm.gov.my dan lokasi bazar Ramadan adalah seperti berikut :

Bil.

Kawasan

Lokasi Bazar Ramadan

Tarikh Borang Dikeluarkan

Jumlah Bayaran

(RM)

 

1.

Seri Manjung 1

Belakang Pasar Awam Seri Manjung

 

 

 

 

 

18 Mac 2019 (Isnin)

mulai 10.00 pagi (sehingga semua petak habis dijual)

 

280.00

 

2.

Seri Manjung 2

Belakang Pejabat Majlis Perbandaran Manjung

280.00

3.

Pusat Bandar

Pasar Komuniti Dan Karavan (PAKAR) Seri Manjung                                  

260.00

4.

Lumut

 

Taman Lumut Indah

280.00

5.

Sitiawan

Tempat Letak Kereta Gerai Taman Astaka

280.00

6.

Ayer Tawar

 

Tempat Letak Kereta Hadapan Premis Perniagaan Taman Medan Seri Sentosa

280.00

7.

Beruas (kecuali Hari Rabu)

Bersebelahan Padang Bola Pekan Beruas

 

260.00

8.

Pulau Pangkor

Dataran Kurma

230.00

  1. Borang hanya akan dikeluarkan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh iklan).
  2. Pemohon perlu menyediakan sesalinan foto pemohon, salinan kad pengenalan dan salinan kad OKU (jika ada) untuk dimuatnaik semasa permohonan. Pastikan fail dalam format JPG/JPEG sahaja dan saiz fail tidak melebihi 2MB
  3. Seorang peniaga hanya dibenarkan memohon 1 kali permohonan sahaja bagi mana-mana tapak Bazar Ramadan.
  4. Setiap pemohon layak memohon tidak melebihi lebih daripada 2 petak sahaja.(Bagi petak yang kedua mestilah menggunakan salinan kad pengenalan yang berbeza).
  5. Kelulusan Permit perniagaan hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang mengisi maklumat permohonan dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.
  6. Barang-barang jualan yang dibenarkan adalah juadah berbuka puasa seperti makanan bermasak, lauk-pauk, kuih-muih, minuman dan buah-buahan. Sila maklum bahawa pakaian, aksesori, peralatan/kelengkapan rumah untuk persiapan hari raya tidak dibenarkan .
  7. Penjualan bunga api dan mercun adalah di larang sama sekali.
  8. Perkara-perkara berikut adalah di larang:-
    1. Menggunakan pihak ketiga untuk mengisi borang dan menjalankan perniagaan
    2. Menjual tapak kepada pihak ketiga
    3. Menukar nombor petak perniagaan
    4. Tidak menghadiri taklimat dan menjelaskan bayaran
  9. Pembayaran boleh dibuat mulai 27 Mac 2019 hingga 29 Mac 2019 selepas menghadiri taklimat kesihatan dengan membawa dokumen berikut di kaunter Jabatan Pelesenan Aras 2, Majlis Perbandaran Manjung.
  • kad pengendalian makanan yang masih sah tempoh atau resit suntikan pelalian taifod
  • surat kelulusan online
  • surat kebenaran daripada Ketua Jabatan

     10. Jadual Taklimat Kesihatan seperti berkepil