MENU
 
>

Adalah dimaklumkan bahawa Borang permohonan akan dikeluarkan mulai 2 Oktober 2015 di Kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Aras 2, Bangunan MPM Seri Manjung mulai jam 8.00 Pagi.

Syarat-syarat :-
1. Hanya warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang membawa kad pengenalan dibenarkan mengambil borang maklumat permohonan Car Boot Sale.

2. Borang permohonan adalah terhad dan dikeluarkan sebanyak 20 borang berdasarkan prinsip “FIRST COME FIRST SERVE”. Pembayaran Car Boot Sale mesti dijelaskan semasa mengambil mengambil borang permohonan.

3. Jumlah petak yang akan disediakan ialah 20 petak sahaja bagi 1 peniaga dan perniagaan mestilah berkonsepkan car boot sale.

4. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengambil 1 borang sahaja. Jumlah borang yang dikeluarkan mengikut jumlah petak perniagaan dan nombor borang merupakan nombor petak.

5. Jumlah bayaran permit untuk 4 Oktober 2015 adalah RM 50.00 sahaja.

6. Sila kemukakan borang ini bersama salinan kad pengenalan dengan membawa kad pengendalian makanan yang masih sah tempoh atau resit suntikan pelalian taifod (untuk jualan makanan / minuman) berserta bayaran di Kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Aras 2, Bangunan MPM Seri Manjung, pada tarikh borang dikeluarkan.

*SILA MAKLUM DAN FAHAMI SYARAT-SYARAT YANG DILAMPIRKAN SEBELUM MENGAMBIL / MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN PERMIT PERNIAGAAN

Dengan perintah,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm