MENU
 
>

GARIS PANDUAN PENGKATEGORIAN  KERJA-KERJA UBAHSUAI KECIL

 

Selaras dengan surat arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan rujukan JKT.T.800-2/1 Jld. 12  (38) bertarikh 7 Jun 2016 Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerimapakai Pengkategorian Kerja Ubahsuai / Tambahan Kecil mulai 01 Oktober 2016 seperti berikut :-

 

  1. KATEGORI A : KERJA-KERJA UBAHSUAI TANPA MEMERLUKAN KEBENARAN MPM

 

  1. Kerja-Kerja Pembinaan Luaran Yang Minima Atau Yang Siap Secara Buatan Kilang (Manufactured) :

 

  1. Memasang atau mengganti alat penyaman udara
  2. Memasang grill yang telah siap daripada kilang
  3. Menambah lampu hiasan di tiang pagar atau tiang tempat letak kereta (porch)
  4. Kerja-kerja mengecat luar rumah
  5. Memasang penyidai kain / ampaian
  6. Memasang jubin lain-lain kemasan lantai dan dinding luar dengan luas keseluruhan tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  7. Membina atau membaiki lantai lepaan simen luaran yang tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  8. Memasang atau membaiki sesalur tegak air hujan (rainwater down pipe)
  9. Memasang atau membaiki talang air hujan (gutter)
  10. Memasang kolam ikan pasang siap
  11. Memasang rumah / pondok haiwan pasang siap
  12. Memasang gazebo dari jenis pasang siap
  13. Memasang siap / meletak rumah / kotak ibadat atau rumah hijau pasang siap
  14. Memasang pergola dari jenis pasang siap
  15. Mengganti pagar berdawai sedia ada

 

  1. Kerja-Kerja Pembinaan Dalaman Yang Minima Atau Yang Siap Secara Buatan Kilang (Manufactured) :

 

  1. Memasang atau mengganti siling berpanel selain daripada siling lepa (plaster ceiling)
  2. Membina atau membaiki lantai lepaan simen dalaman yang tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  3. Memasang jubin lain-lain kemasan lantai dan dinding dalaman dengan luas keseluruhan tidak melebihi daripada 6.5 meter persegi
  4. Kerja-kerja mengecat dalam rumah

 

  1. Kerja-Kerja Elektrik

 

  1. Kerja-kerja pendawaian untuk tujuan lanskap atau hiasan, CCTV dan pintu pagar automatik

 

  1. Kerja-Kerja Mekanikal

 

  1. Kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal
  2. Kerja-kerja penggantian dan penyelenggaraan tangki air dengan mengekalkan saiz asal

 

  1. Kerja-Kerja Yang Melibatkan Perubahan Struktur Dinding Dalaman Yang Minima Dan Tidak Melibatkan Struktur Asal :

 

  1. Kerja-kerja bukaan
  2. Memasang atau mengganti aksesori dinding seperti tingkap dan pintu
  3. Penambahan pintu atau tingkap
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 4 Disember 2020 - 9:05am