MENU
 
>

KONGRES PENYAIR SEDUNIA (WCP) KE-33 DAN FESTIVAL LAGU DAN PUISI ANTARABANGSA PANGKOR 4

Kongres Penyair Sedunia (WCP) Ke-33 dan Festival Lagu dan Puisi Antarabangsa Pangkor 4 berlangsung serentak daripada 24 hingga 27 Oktober 2013 (Khamis hingga Ahad) di Arena Pangkor, Pulau Pangkor, Perak. Program ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) dan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT).

Majlis Perasmian Penutup Kongres Penyair Sedunia (WCP) Ke-33 dan Majlis Perasmian Festival Lagu dan Puisi Antarabangsa Pangkor 4 diadakan pada 25 Oktober 2013 (Jumaat), jam 8.45 malam di Arena Pangkor yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti persembahan puisi dan lagu rakyat, Penyampaian Anugerah oleh Presiden World Academy Arts and Culture (WAAC) dan Pelancaran Antologi ‘Puisi Pangkor 3'.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi menjayakan program ini supaya matlamat penganjurannya iaitu membuka dimensi baru seni dan sastera negeri ke peringkat antarabangsa dan memperkenalkan Perak di mata dunia bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan tetapi juga lokasi pencetus ilham berkarya.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm