MENU
 
>

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada semua syarikat bertaraf G7 dan mana-mana pemaju yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dari segi kewangan dalam pelaksanaan projek berikut:-

CADANGAN PEMBANGUNAN BAGI MEMAJUKAN TANAH SELUAS 2.73 EKAR MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI ATAS PT 37885 SEHINGGA

PT 37903, MUKIM SITIAWAN, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

(No. Rujukan Fail : (UPPK) 600-4/1/2)

 

Syarat-syarat dan Terma adalah seperti berikut:

 

  1. Cadangan pembangunan berbentuk komersil yang mempunyai rekabentuk menarik dan bersesuaian dengan keadaan tapak.
  2. Menyatakan nilai balasan kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung.

(Dalam bentuk tunai, unit-unit hartanah atau gabungan kedua-dua sekali).

  1. Kos pembangunan secara keseluruhan.
  2. Berpengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan hartanah dan kriteria-kriteria yang lain sebagai pemaju.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang berstatus BUMIPUTERA.
  4. Pemaju  yang berminat boleh mendapatkan borang serta pelan tapak cadangan menerusi laman web rasmi Majlis Perbandaran Manjung atau di alamat berikut:

 

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Manjung

Jalan Pinang Raja

32040 Seri Manjung

Perak Darul Ridzuan

u/p : Tingkat 1, Unit Pembangunan Projek Khas

Tel : 05-6898855 Fax : 05-6882102

Email : uppk@mpm.gov.my

 

Maklumat Syarikat

 

Semua syarikat yang mengemukakan cadangan perlu mengemukakan sekali maklumat seperti Profail Syarikat, Modal Syarikat, Borang 24 dan 49 Akta Syarikat 1965, projek-projek terdahulu dan dalam pelaksanaan. Konsep pembangunan yang ingin dicadangkan beserta pelan susunatur dan illustrasi perspektif.

*Rujuk Senarai Semak di Lampiran A.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 9:30am