MENU
 
>

NAMA PROGRAM : WAYANG PACAK GAMIT MEMORI.
TARIKH :16 OGOS 2018

TEMPAT : Padang Sukan Komuniti Teluk Muroh, Lumut. Program Santai Minda (Tayangan Wayang Pacak - Paskal The Movie).

Program anjuran Persatuan Penduduk Teluk Muroh yang didokongi oleh Leftenan Kolonel (B) Dato' Hj Nazli bin Hj Alias telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Parlimen Lumut Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli.

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Penerangan Manjung, CEO Binazrin, Team Paskal TLDM, Veteran Tentera Malaysia, Kelab Motosikal Manjung Bikers Club dan warga komuniti Teluk Muroh yang datang meriahkan suasana bulan kemerdekaan.

Program patriotik yang diadakan amatlah bermakna bagi menyemai semangat cintai tanah air tumpah darah Malaysia ku tercinta kepada generasi muda agar mengetahui pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sanggup berkorban untuk tanah air tercinta.

Tayangan wayang pacak Paskal The Movie menepati citarasa generasi muda bagi mengimbau dan mengenang jasa pengorbanan tentera negara hingga detik manis kemerdekaan dicapai.

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih

Kemaskini Terakhir: Sabtu, 16 November 2019 - 1:04am