MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merakamkan ucapan terima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan ayam dan sayuran segar daripada PCK Processing and Marketing Sdn. Bhd. untuk diagihkan kepada para petugas barisan hadapan MPM yang sedang melaksanakan tanggungjawab dalam memerangi wabak Covid-19.

Upacara penyerahan sumbangan ini dilaksanakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung yang juga merupakan Pengerusi Syarikat PCK Processing and Marketing Sdn. Bhd. kepada Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm