MENU

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( LPIPM ( CIDB ) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 Bil.

 

Butir – Butir Tawaran

Harga Dokumen Tawaran

Tempat Dan Tarikh Dokumen Di Jual

Syarat Pendaftaran

Tarikh Dan Tempat Lawatan Tapak

Tarikh Tender Tutup

1.

MPM JKJ T 1/2016

Cadangan Kerja-Kerja Memperkukuhkan Tebing, Menaik Taraf Parit Sediada dan Membina Baharu Struktur ‘Drainage Outfall’ Parit Utama, Taman Sentosa, Sitiawan Untuk Majlis Perbandaran Manjung

RM250.00

Jabatan Perbendaharaan,
Majlis Perbandaran Manjung,
Jalan Pinang Raja,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.

24 Mac 2016 hingga
13 April 2016
Pada waktu pejabat

Gred G3

Kategori : CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam)
Pengkhususan : CE21 dan CE32

 

Tarikh:
24 Mac 2016
(Khamis)
Waktu:
9.00 pagi
Ruang Legar Bangunan MPM Lama
( wajib )

Tarikh:
20 April 2016
(Rabu)

Waktu:
12.00 tengahari

 

  1. Naskah Meja Tawaran boleh disemak di kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat bermula 24 Mac 2016.
  2. Dokumen tender akan dijual  seperti tarikh di atas pada waktu pejabat.  Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh tersebut.
  3. Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang / Draf Bank di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung atau secara tunai di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Manjung (bayaran tidak akan dikembalikan).
  4. Kontraktor hendaklah membawa SIJIL ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan fotostat bagi setiap sijil tersebut semasa pendaftaran dijalankan.
  5. Kontraktor yang menghadiri lawatan tapak (taklimat) sahaja DIBENARKAN membeli dokumen tender yang dikeluarkan.
  6. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat bermetri serta ditulis nombor rujukan tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung pada atau sebelum jam 12.00 tengahari 20  April 2016.
  7. Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah.

YANG DIPERTUA,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm